Sunday 4 February 2018

ISU PERKAUMAN SEMASA


ISU PAKSAAN MEMBUKA HIJAB/ TUDUNG



Kerajaan negeri menyerahkan kes guru cina muslim yang dipaksa membuka tudung oleh ahli jemaah pengurus sekolah jenis Kebangsaan Cina iaitu baru-baru ini kepada Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan secara bijaksana. Menteri Besar Johor, Dato' Khalid Nordin berkata, kes seperti ini membangkitkan isu perkauman yang menjurus kepada keadaan dan situasi perpecahan kaum. Semua masyarakat harus menghormati sensitiviti kaum lain. Ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis  Kebangsaan Cina, Nan Ya Pang Ah Ngang berusia 60-an dilaporkan telah mendesak seorang guru cina muslim di sekolah tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya. Guru tersebut kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itudi IPD Kota Tinggi dan pihak polis telah memanggil Pang untuk memberi keterangan.

ISU KOMEN BERBAUR PERKAUMAN 
Lelaki yang berbangsa cina bernama Kenneth Chong telah memuat satu status di akaun facebooknya yang bernama Kenneth Chong telah membuat ramai pihak berang terhadapnya disebabkan status di facebooknya yang mengatakan bahawa kaum melayu berlagak baik dan mempertikaikan tentang ibadah kaum melayu dan ini telah membangkitkan ramai kaum melayu tidak berpuas hati dengan status yang diupdatenya.Isu ini menjadi tular dan Kenneth Chong telah tampil ke hadapan dengan memberi keterangan bahawa akaun facebooknya itu telah digodam dan telah memohon maaf secara publik melalui akaunnya itu.










Ditulis oleh Nur Suhaida & Khairunnisa.

No comments:

Post a Comment