Saturday 10 March 2018

Proses-Proses Integrasi

Proses-proses integrasi terbahagi kepada lima iaitu :

1. Amalgamasi 
- ialah proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi ( perkhawinan campur ). Proses ini mewujudkan budaya dan nas yang baharu.

2. Asimilasi ( paling baik )
- ialah proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

3. Akulturasi
- ialah proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalagan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza.

4. Akomodasi
- ialah proses menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati nama dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya masing-masing.

5. Segregasi ( paling teruk )
- ialah permisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.











Ditulis oleh : NURUL SYAHIRA BINTI JAMALUDIN

No comments:

Post a Comment