Friday 19 January 2018

Peranan Hakim dan Mahkamah

Semua Hakim Mempunyai Peranan Yang Sama Dengan Peranan Mahkamah Kecuali Mahkamah Agung 

-Antaranya persamaan ialah:

1.Fungsi utama dari hakim agung merupakan pimpinan tertinggi dari para hakim di dalam Mahkamah Agung ini adalah fungsi peradilan ini berkaitan dengan fungsi-fungsi dan juga tugas utama,baik hakim agung mahupun para hakim biasa dalam mengadili suatu perkara.

-Perbezaan ialah:
  • Hakim agung memiliki sewenang-wenangnya yang paling tinggi diantara hakim lainnya.

Sebagai contoh,peranan Hakim di mahkamah ialah peradilan.
-Membina keseragaman dalam penegakan hukum

-Kedua, Melakukan proses pemeriksaan dan juga memberikan putusan hukum.

-Ketiga, Menjadi hakim yang memberikan putusan terakhir,dimana hasil dari putusan hakim agung dan juga mahkamah agung bersifat sangat mengikat dan sangat kuat kerana merupakan proses tertinggi dan terakhir.

Selanjutnya, berperanan sebagai pengawasan. 
-Peranan pengawasan ini untuk pengawasan yang mengawasi setiap proses peradilan yang berlaku di negeri ini.dari kes yang kecil hingga kes yang besar.
Antaranya ialah,
-Mengawasi setiap putusan-putusan yang dihasilkan dari kegiatan persidangan di seluruh wilayah Indonesia, dan juga bertanggungjawab atas segala keputusan dan hasil peradilan yang terjadi di Indonesia.

Tambahan lagi, berperanan mengatur :
-Mengantur bermaksud sebagai pemberi aturan dan juga batasan aturan tertentu yang menyangkut kegiatan peradilan di seluruh wilayah Indonesia.
Antara contoh yang berperanan hakim mahkamah agong ialah membuat peraturan acara sendiri apabila hal-hal yang dianggap perlu.

-Kedua,Mengantur lebih lanjut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan peradilan.
-Selanjutnya,sebagai pelengkap atau pengisi kekurangan yang muncul pada saat proses peradilan sedang berlangsung.

-Seterusnya,memberikan nasihat dengan contoh,memberikan  nasihat atau pertimbangan-pertimbangan lain yang perlu kepada lembaga tinggi Negara lain dalam bidang hukum.

-Di samping itu, hakim juga berperanan sebagai Administratif kerana membawahi berbagai macam Lembaga Negara lainnya,serta memberikan berbagai aturan.
  •  Sebagai contoh,mengantur dan bertanggungjawab terhadap susunan kepaniteraan dari lembaga peradilan di seluruh Indonesia.
  • Mengatur secara administrative peranan-peranan dari badan-badan peradilan di seluruh Indonesia seperti peradilan umum.

Peranan Hakim Di Malaysia.
-Mentadbir keadilan.
-Mengesahkan undang-undang dan membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan.
-Menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu,dan antara individu dengan pihak kerajaaan.
-Memelihara hak-hak warganeagara daripada sebarang pencabulan oleh pihak kerajaan.


Peranan Mahkamah (sistem pemerintahan negara).

-Mahkamah Terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri :
-Mahkamah persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian berserta jenis mahkamah :

1.Mahkamah Atasan   -Mahkamah Agung.
                                    -Mahkamah Rayuan.
                                    -Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo.

2.Mahkamah Rendah  -Mahkamah Seseyen.
                                    -Mahkamah Juvana.
                                    -Mahkamah Majistret Kelas i dan kelas ii.
                                    -Mahkamah Tuntutan Kecil.
                                    -Mahkamah Penghulu.

3.Mahkamah Khas      -Mahkamah Tentera.
                                    -Mahkamah Perusahaaan.
                                    -Mahkamah Buruh.
                                    -Mahkamah Khas Raja-raja.
                                    -Mahkamah Negeri.

-Mahkamah Negeri terbahagi kepada dua jenis bahagian dan berserta jenisnya:

1.Mahkamah Syariah  -Mahkamah Syariah Rayuan.
                                    -Mahkamah Tinggi syariah.

2.Mahkamah Adat      -Mahkamah Adat Daerah.
(Sabah dan Sarawak ) -Mahkamah Pegawai/Ketua Adat.                           
                                    -Mahkamah Penghulu.

1).Mahkamah Agung.
-Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan.
-Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
-Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.


2).Mahkamah Rayuan.
-Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja.


3).Mahkamah Tinggi.
-Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia.
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
-Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi RM25,000.
-Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembagaan.


4).Mahkamah Sesyen.
-Membicarakan kes jenayah dan sivil.Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250,000.
-Membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah,kecuali menjatuhkan hukuman mati. 
-Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.


5).Mahkamah Juvana. 
-Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun,kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berumur 21 tahun,perbicaraan dijalankan secara tertutup.


6.)Mahkamah Majistret Kelas i.
-Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil.

7.)Mahkamah Majistret Kelas ii.
-Kes jenayah menjatuhkan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
-Nilai kes tuntutan tidak melebihi RM3,000 hukuman dijatuhkan kepada kes sivil.

8).Mahkamah Tuntutan Kecil.
-Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3.000.


9.)Mahkamah Penghulu.
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.



10) Mahkamah Tentera.
-Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera.
-Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
-Boleh menjatuhkan sebarang hukuman sebarang hukuman,kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan yang di-Pertuan Agong.


11)Mahkamah Khas Raja-raja.
-Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam persekutuan.


12)Mahkamah Syariah.
-Untuk mengadili umat Islam.
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah terbahagi kepada dua kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah manakala,kesalahan yang kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.
-Begitu juga dengan Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah.



13)Mahkamah Adat.
-Berperanan membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak.









Dilaporkan oleh : NURUL SYAHIRA BINTI JAMALUDIN









No comments:

Post a Comment