Sunday 14 January 2018

TUGAS-TUGAS JABATAN KEMENTERIAN

Jabatan Kementerian Malaysia mempunyai 24 jabatan iaitu :


1) JABATAN PERDANA MENTERI 

   -Memajukan masyarakat luar bandar khususnya kumpulan sasar PERDA , FELDA dalam semua   
    bidang sosio-ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia , ekonomi dan fizikal dengan        tumpuan kepada peningkatan taraf hidup.

2) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

    - Mengurus peperiksaaan awam berdasarkan kepada Ko-kurikulum Kebangsaan Kementerian                Pelajaran Malaysia . 

     -Memastikan semua sekolah memberi pendidikan berkualiti kepada semua pelajar sekolah di                Malaysia.

3) KEMENTERIAN SUMBER ASLI & ALAM SEKITAR.

    - Menguruskan sumber-sumber asli negara seperti tanah , , sungai , alam sekitar , perhiliran ,                  galian  dan hutan.


4) KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA.
    
     - Meningkatkan sinergi dan kerjasama di antara penggiat sekitar pelancongan dan kebudayaan               untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi yang dipilih.


5) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 
  
    -Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia dan           bertanggungjawab , dinamik dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai                   program  yang diadakan di daerah , negeri , kebangsaan dan antarabangsa.
  

6) KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI 

    -Mengkaji , mengemaskini dan menggubal dasar , undang-undang dan peraturan serta sistem kerja       di KHEDN serta jabatan-jabatan di dalamnya supaya selaras dengan kehendak dan kemajuan               semasa.

7) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

    - Memastikan penduduk desa mendapat 100% manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi              menjelang 2020.

8) KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA 
    - Perumusan , penetapan , dan pelaksanaan kebijaksanaan di bidang pertahanan.
    -Pengawasan atas pelaksanaan tugas di lingkungan , Kementerian Pertahanan. 


9) KEMENTERIAN KERJA RAYA 

   - Membangun dan memajukan infrastruktur , industri pembinaan dan perkhidmatan profesional             yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya             saing di perimgkat antarabangsa.


10 ) KEMENTERIAN KESIHATAN 

      - Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi efisien dan cekap         serta  memantau perkhidmatan yang disediakan  oleh pelbagai agensi kesihatan . 

11 ) KEMENTERIAN KEWANGAN 
     
      -  Menguruskan pendapatan negara dan pertubuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan negara           yang saksama antara rakyat . 

12) KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 

    -  Merancang , melaksana , menyelaras dan menilai semula dasar dan program penerangan yang             bertujuan  meningkatkan penerimaan rakyat terhadap Wawasan 2020 serta merancang ,                       melaksana dan menyelaraskan perkhidmatan pengurusan serta sistem penyampaian . 


13 ) KEMENTERIAN LUAR NEGERI 

     - Berperanan sebagai pemimpin yang berpengaruh selaku Pengerusi ASEAN , Pergerakan                      Negara- Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

14 ) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
   
      - Berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di Universiti               Awam (UA) , Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) , Politeknik dan juga Kolej Komuniti.               Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang           akan menjaga para pemikir , ilmuwan , sarjana tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai                    dengan peranan masing-masing.


15 ) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MALAYSIA

      - Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia (singkatan MECD) merupakan            suatu Kementerian di bawah kerajaan Malaysia antara tahun 2004 dan 2009 , berperanan                      sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera .


16) KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

     - Kementerian Pengangkutan berperanan melaksanakan dasar-dasar berkaitan pelabuhan serta               aktiviti inter-sektoral bagi mewujudkan sektor pelabuhan yang cekap , berkesan dan kompetitif           di samping menjalankan peranan-peranan seperti berikut :

     - Mengkaji dan mengemaskinikan Akta-Akta berkaitan Pelabuhan.
      Memantau dan menyelia penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi              Tahunan Lembaga / SuruhanJaya Pelabuhan untuk setiap tahun bagi membolehkan Jemaah                  Menteri mengetahui secara umum kedudukan kewangan dan prestasi Lembaga pelabuhan .


17) KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

     - Merancang , menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelabuhan , pembangunan ,                             perindustrian dan perdagangan luar Negara.

     -Merangka dasar dan strategi pembangunan  perindustrian.


      KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA 

18) Menggubal , merancang dan melaksanakan dasar , strategi dan Program Pembangunan Pertanian.
      -Menggalakan pelaburan domestik dan asing dalam sektor agro-makanan.


19) KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI MALAYSIA.(MPIC)

      -Merupakan sebuah kementerian di dalam kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap             pembangunan industri komoditi utama negara tersebut iaitu minyak sawit , getah , kayu , koko ,           tembakau , kenaf , lada hitam dan sago .


20) KEMENTERIAN SAINS , TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA

      - Merancang dan menggubal dasar-dasar yang berkaitan dengan teknologi industri dalam bidang            utama seperti advanced material , advanced manufacturing , nanoteknologi , tenaga alternatif ,            teknologi pengeluaran makanan;peralatan perubatan dan waste to wealth.


21) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

      -Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang perburuhan bagi mewujudkan        kerja yang cekap , produktif dan berdisiplin di samping mempunyai nilai-nilai positif dan etika            kerja yang baik.

     -Melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan        pekerjaan bagi memastikan persekitaran yang sihat dan selamat.


22) KEMENTERIAN TENAGA , TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MALAYSIA.

      - Memudahkan juga mengawal pertumbuhan industri di dalam sektor-sektor tersebut bagi                      memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pengguna seluruh negara adalah berkualiti tinggi,          efisyen dan selmat digunakan dengan harga yang berpatutan .


23) KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI , KOPERASI DAN                                        KEPENGGUNAAN (KPDNKK)

    -Menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan dan       melindungi hak pengguna.


24 )KEMENTERIAN  KESEJAHTERAAN BANDAR , PERUMAHAN DAN KERAJAAN                    TEMPATAN MALAYSIA.

      - Merancang , menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui                program perumahan , perancangan dan kawalan pembangunan , perkhidmatan perbandaran dan          landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.






No comments:

Post a Comment